Monday, July 20, 2009

Hujan tidak menghalang pasukan Sabah merangkul kemenangan dalam Liga Perdana.

Kota Kinabalu,17 Julai: Pasukan bola sepak Sabah berjaya merangkul kemenangan dengan mengalahkan pasukan Sarawak,4-1 pada perlawanan Liga Perdana 17 Julai lalu di Stadium Likas. Walaupun keadaan cuaca pada malam perlawanan tersebut yang kurang baik iaitu hujan pada minit pertama perlawanan sedang berlangsung,namun itu tidak menghalang keberlangsungan perlawanan tersebut. Pengadil menghentikan permainan sementara apabila berlaku hujan,tetapi kemudiannya disambung kembali memandangkan hujan nampaknya tidak berhenti dan ianya berterusan sehingga tamatnya perlawanan tersebut.

Ketika kedua-dua pasukan memenangi seri 1-1,sekali lagi berlaku sedikit masalah apabila bekalan elektrik di Stadium tersebut tiba-tiba terpadam menyebabkan keadaan di padang bola stadium gelap gelita. Walaubagaimanapun,keadaan itu tidak berterusan dan ianya kembali seperti sedia kala. Apa yang menariknya ketika perlawanan sedang berlangsung ialah sorakan padu dan bertenaga daripada penyokong dan penyorak kompang pasukan Sabah yang mana kebanyakannya adalah penyokong daripada mahasiswa UMS menggamatkan lagi suasana malam perlawanan tersebut. Ternyata usaha para penyokong Sabah tidak menghampakan apabila pasukan Sabah berjaya membawa kemenangan dengan begitu menyerlah sekali. Diharapkan kemenangan ini akan terus meningkatkan lagi semangat para pemain Sabah untuk terus berusaha mengekalkan kemenangan. Majulah sukan untuk negara!

No comments:

Post a Comment