Friday, August 28, 2009
ViDeo Tak Nak Merokok
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang iklan oleh Kementerian Kesihatan MAlaysia. Amat bererti iklan ni... Saya sememangnya amat tidak suka dengan orang yang merokok.
Wednesday, August 26, 2009
Sixtus Pitah A. Presiden Kelab Komunikasi Sesi 2009/2010
Pada 26 ogos 2009,pembubaran kelab komunikasi telah diadakan di Bilik mesyuarat Sekolah Sains Sosial.Beberapa orang pensyarah komunikasi turut menghadiri pembubaran tersebut,antaranya En.Shahrudin,En.Mokhtaruddin dan En.Saat.Manakala,kehadiran pelajar agak mengecewakan kerana hanya separuh daripada pelajar komunikasi tahun 1,2 & 3 yang menghadirkan diri.
Namun,perlantikan Majlis Tertinggi tetap berjalan dengan lancar.Setelah bersaing hebat dengan saudara Albert Thien,undian telah memihak kepada saudara Sixtus dengan kelebihan 1 undi.Saudara Albert pula menyandang jawatan Timbalan Presiden Kelab Komunikasi.
Selepas perlantikan jawatan Majlis Tertinggi selesai,beberapa aktiviti/program telah dirangka untuk membolehkan Kelab komunikasi kembali aktif.Seperti yang dikatakan Oleh En.Shahrudin,Sejak 4 tahun kebelakangan ini,Kelab Komunikasi agak suram kerana kurangnya program yang dapat mengembalikan keunggulan Kelab Komunikasi.
harapan kami agar Exco Majlis Tertinggi akan dapat menjalankan tugas dengan jayanya agar Kelab komunikasi kembali aktif.
Monday, August 24, 2009
Puasa Ramadan bantu tingkat ketahanan badan
Kajian menunjukkan amalan menahan makan dan bertadarus memberikan ketenangan
PUASA Ramadan yang difardukan kepada umat Islam bukan saja ujian kepada keimanan menahan nafsu makan minum, ibadat itu juga memberi kebaikan kepada tubuh badan terutama untuk menghapuskan toksin yang tersimpan selama ini.
Pengamal Perubatan dan Penceramah Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, berkata selepas sekian lama badan menerima makanan dan minuman yang memudaratkan, puasa Ramadan memberi peluang kepada manusia mengembalikan ketahanan tubuh badan.
Katanya, makanan serta minuman yang diambil sepanjang 11 bulan sebelum kedatangan Ramadan mungkin halal dari segi sumber dan bahan asasnya tetapi tidak semestinya makanan itu baik kepada kesihatan.
Oleh itu, sebulan Ramadan yang ditetapkan Allah untuk umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga membawa bersama hikmah kefarduannya menurut pandangan sains berdasarkan kajian dilakukan pelbagai pihak mengenai kaitan puasa dari aspek kesihatan.
"Memang asasnya niat puasa itu penting supaya kita tidak terbabas. Jangan kata niat kita puasa untuk kuruskan badan atau kurangkan kolesterol kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status takwa dengan mentaati, sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmat Allah.
"Namun di sebalik kewajipan itu tidak dinafikan banyak kebaikan diperoleh berdasarkan kajian dibuat mengenai kesan ibadat puasa terhadap sistem badan. Ini kerana makanan halal yang kita makan tidak semestinya toyyibah atau berkhasiat kepada tubuh badan," katanya.
Dipetik dari Berita Harian Online
24 ogos 2009
Sunday, August 23, 2009
IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Semua umat Islam sedia maklum bahawa solat itu adalah tiang agama, ditambah pula dalam bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, pahala meningkat berkali ganda bagi golongan yang ikhlas menjalankan ibadah kerana Allah s.w.t. Dengan tersedianya kemudahan untuk solat di mana sahaja pada masa kini, maka tidak menjadi satu kebimbangan dan alasan lagi bagi mereka yang ingin melakukan ibadah solat. Bersama-samalah kita memantapkan diri dalam beribadah kepada Allah di bulan yang mulia ini. TIADA LAGI ALASAN !!!






Saturday, August 22, 2009
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

Kepada semua rakan-rakan muslimin dan muslimah dan tidak dilupakan buat En Suhaimie sekeluarga, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak ini dengan penuh keberkatan dan hidayah dari Allah S.w.t. Secara peribadi, saya menganggap berpuasa membolehkan kita merasa hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Hal ini kerana, masih ramai orang di luar sana masih tidak bertuah seperti kita pada hari ini.
Wednesday, August 19, 2009
SESUAI UNTUK BERBUKA PUASA NANTI
Sudahkah anda mencuba resipi udang celup tepung tempoh hari?
Saya telah mencubanya semalam. Sememangnya sedap. Waktu-waktu cuti begini lah kita harus mengambil kesempatan untuk mengasah kemahiran memasak kita. Sekarang saya ingin berkongsi resipi sejenis minuman kepada anda semua. Disebabkan puasa tidak lama lagi menjelma, menu ini amatlah sesuai ketika berbuka puasa nanti. yummy..
ABC BUAH LAICI

BAHAN-BAHAN:
1 tin koktail buah-buahan
1 tin laici
1 ulas nangka masak
Sedikit ketulan ais batu
1 sudu kecil perisa pisang
1 sudu kecil perisa laici
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar air gula bewarna hijau
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Setengah ais batu dikisar, masukkan perisa pisang, perisa laici, laici dan air gula bewarna hijau dan kisar lagi.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan hiaskan dengan koktail buah-buahan.
CREDIT TO : www.sajionline.com
Saturday, August 15, 2009
THIS IS HOW THEIR BECOME A "PROF.GOOGLE"
Tidak dinafikan bahawa kehidupan masyarakat hari ini begitu mudah dengan adanya ICT.
Secara peribadi, saya sememangnya akan menggunakan ICT untuk manggali seberapa banyak maklumat. Namun, terpulang kepada individu tersebut bagaimana mereka menggunakan ICT. Adakah untuk mencari ilmu, untuk hiburan atau mengilangkan rasa bosan? Secara jujurnya, ketiga-tiga faktor itu membuatkan saya terus menggunakan ICT. Walaupun tidaklah sehebat mana, namun saya bersyukur tahu asas-asas menggunakan ICT.
Di sini saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana Syarikat Google beroperasi sehingga ia digelar sebagai "Prof.Google" oleh pensyarah kami, iaitu En. Suhaimi.
Ya! dan kami bersetuju dengan beliau.











Persekitaran pejabat mereka yang begitu menarik sekali membuatkan mereka bersemangat untuk bekerja! Apakata tempat study kita pun dijadikan seperti itu? Tapi mampukah kita untuk lebih bersemangat untuk belajar sekiranya masih ada sikap malas untuk berusaha dan mengharapkan ilmu datang sendiri? Ketuk Kepala tanya Minda.
MARI KITA MENCUBA RESEPI
Resepi yang mudah lagi menyelerakan. Wahai-wahai srikandi sekalian walaupun kita sibuk study marilah sekali-sekala kita memasak di dapur. Saya sememangnya suka makan dan amat minat memasak sambil mencuba resepi baru. Ini resepi makanan laut yang saya dapat dari sebuah laman sesawang. yummy..

UDANG CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
400 gm udang (kupas kulit badan saja)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah serbuk
1 biji limau nipis
BAHAN CELUP:
1 cawan tepung jagung
1 cawan serbuk roti
1 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaul udang dalam campuran air limau nipis, garam dan lada sulah serbuk dan tuskan.
2. Gaulkan udang ke dalam tepung jagung.
3. Kemudian celupkan dalam telur yang dipukul.
4. Dengan segera masukkan ke dalam serbuk roti. Tekan sedikit agar ia melekat. Susun udang dalam dulang dan masukkan dalam peti sejuk dahulu selama sejam.
5. Kemudian barulah digoreng.
CREDIT TO: http://www.sajionline.com.my
Thursday, August 13, 2009
AL FATIHAH buat Ustaz Asri
Oleh : Siti Nurainee binti Tahir Ahmad
Semalam kita kehilangan lagi seorang insan dalam industri hiburan tanah air.
Orang yang dimaksudkan ialah vokalis kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri.
SHAH ALAM: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi kemarin akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar. Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an. Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu ‘Saksi’ dan ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Credit to : http://www.budiey.com/
SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

Oleh : Siti Nurainee Binti Tahir Ahmad
Semalam sekumpulan wakil daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah datang ke UMS.
Mereka memberi panduan bagaimana ingin membuat kempen derma kepada pesakit-pesakit kanser di Malaysia.
Di bawah aliran kursus Perhubungan Awam , pensyarah telah memberikan tugasan untuk kami semua terlibat dalam melalui proses Perhubungan Awam.
Kami telah sebulat suara untuk membuat projek, "RM1 CAN SAVE THE LIVES" iaitu kami akan melncarkan kempen derma RM1 untuk pesakit-pesakit kanser.
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kedatangan wakil MAKNA semalam.
Monday, August 10, 2009
AYUH! BERJAGA-JAGA DARI BERJANGKIT H1N1
Sudahkah anda memakai "Face Mask" ?
Semakin hari semakin ramai mangsa virus H1N1 ini.
Penyakit ini menyerang tanpa mengenal sesiapa. Baik doktor, guru, kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja.
Sehingga hari ini belum ada penawar yang mampu mengubati penyakit ini. Apa yang boleh saya katakan, cara yang boleh mengelak dari terkena penyakit ini, kita haruslah berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Ikut segala kempen yang dilakukan oleh kerajaan.
Banyak penyakit yang amat kita takuti. Bermula dari demam, pening sehingga penyakit serius seperti penyakit yang menyerang masyarakat dunia hari ini. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya. Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.
Sunday, August 9, 2009
UMS JUARA ROWING UMS VS UNIMAS 2009
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah Kayak berkumpulan dan Perahu Naga kategori wanita dan lelaki. Selain pasukan UMS Kampus Induk (penganjur pertandingan) dan UNIMAS,pasukan daripada UMS Kampus Labuan turut menyertai pertandingan ini.
Timbalan Pengarah UMS, Prof.Hj Kamaruzaman Hj Ampon yang turut datang menyaksikan pertandingan ini berkata, pertandingan seumpama ini berguna untuk membantu fizikal dan mental untuk berkembang lebih aktif ,ceria, sihat serta boleh kurangkan stress mahasiswa. Ia turut bersesuaian dengan ungkapan, Badan Sihat, Hasilkan Minda yang Cergas.
“ Dengan adanya pertandingan ini,boleh berikan manfaat kepada UNIMAS dan UMS untuk melahirkan atlet yang berprestij serta menguatkan elemen semangat berpasukan.” Katanya ketika memberikan ucapan.