Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH buat Ustaz Asri



Oleh : Siti Nurainee binti Tahir Ahmad

Semalam kita kehilangan lagi seorang insan dalam industri hiburan tanah air.
Orang yang dimaksudkan ialah vokalis kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri.

SHAH ALAM: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi kemarin akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar. Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an. Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu ‘Saksi’ dan ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Credit to : http://www.budiey.com/

No comments:

Post a Comment